Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

TERKINI !!! Dapatkan info penting dan terbaru berkenaan dengan Malaysian Gold Jamboree 2011...


*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA  SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......


Dapatkan dan ingat no. pendaftaran masing-masing bagi memudahkan urusan pendaftaran. No. pendaftaran dan no. plat adalah berbeza.

Proses pengesahan kehadiran dan pendaftaran akan bermula pada 26 Mac 2011 jam 10 pagi hingga 10 minit sebelum peserta dilepaskan. Beg goodies dan jersi akan diberikan sewaktu proses pendaftaran.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu proses pendaftaran, sila tunjukkan bersama slip bank pembayaran atau slip Maybank2u kepada urusetia. Kegagalan para peserta menunjukkan bukti pembayaran boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan...

Untuk makluman, tindakan ini terpaksa diambil memandangkan wujud segelintir peserta MGJ2011 yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan apabila sekadar memberikan nama untuk menyertai MGJ2011 tanpa membuat sebarang pembayaran. Kami berasa kesal, gara-gara nila setitik telah menyusahkan ramai peserta yang lain.

Bagi yang belum membuat pembayaran, anda boleh melakukan pembayaran secara tunai di meja urusetia pendaftaran sebelum perlumbaan. Penalti sebanyak RM10.00 dikenakan kerana lewat membuat pembayaran. Ini bermakna anda perlu membayar RM60.00.

Untuk makluman, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan secara SMS kepada peserta kononnya MGJ2011 telah dibatalkan akibat banjir. Berita ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Malaysian Gold Jamboree 2011 akan berlangsung seperti dirancang. Trek laluan MGJ2011 tidak langsung terbabit atau terlibat dengan masalah banjir.

Pihak seketariat MGJ2011 meminta dan menasihati para peserta agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan sebarang maklumat yang tersebar walau dengan apa cara.

MGJ2011 akan memaklumkan sebarang maklumat terkini atau apa jua perkembangan berkenaan MGJ2011 hanya menerusi laman blog kami. Namun begitu. kami menggalakkan para peserta agar segera menghubungi kami untuk mengesahkan atau untuk mendapatkan sebarang info dan maklumat.

Sekian. Teruskan melayari laman blog kami untuk mendapatkan sebarang info mengenai MGJ2011...

Monday, February 28, 2011

Terkini!!!... Pendaftaran Telah Ditutup



*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA  SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......

 



PERHATIAN!!! SILA BAWA BERSAMA BUKTI PEMBAYARAN (RESIT) KETIKA TUAN/PUAN DATANG MENGAMBIL GOODIES PADA 26 MAC..
INI KERANA MASIH ADA PIHAK YANG BELUM MENBUAT PEMBAYARAN
HARAP MAKLUM!!!!

Senarai penaja akan dimasukkan kemudian...



  • Tarikh     : 27 March 2011















  • Tempat   : Bukit Merah Lake Town Resort















  • Tarikh tutup pendaftaran  : 3 MARCH 2011 



















  • PENGUMUMAN TERKINI...
    1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 March 2011
    2. Tambahan RM10.00 akan dikenakan bagi pendaftaran lewat yakni selepas tarikh tutup penyertaan. 
    3. Bagi yang mendaftar selepas tarikh tutup penyertaan, jersi hanya akan diberi selepas hari pertandingan.
    4. Tawaran penginapan istimewa dari Bukit Merah Lake Town Resort. KLIK SINI...
    5. Lokasi dan gambar trek telah dimasukkan dalam blog. KLIK SINI...
    6. Senarai penaja yang menaja program ini.  KLIK SINI... 
    7. Borang penyertaan secara online boleh didapati sekarang. Pastikan anda membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang pendaftaran online. KLIK SINI...
    8. Semak senarai penyertaan tuan/puan.  KLIK SINI...
    9. Saksikan antara hadiah cabutan bertuah yang bakal menjadi milik anda. KLIK SINI...
    10. Kepada badan korporat @ perseorangan yang berminat untuk menaja program ini, tuan/puan adalah sangat dialu-alukan. KLIK SINI...
    11. Anda boleh dapatkan borang penyertaan sekarang. KLIK SINI..