Dewasa ini pelbagai aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang melibatkan penyertaan dari semua golongan masyarakat sedang giat dilaksanakan. Ianya sebagai satu usaha ke arah gaya hidup sihat.
Aktiviti berbasikal merupakan satu aktiviti yang begitu menarik minat semua golongan masyarakat. Setiap minggu aktiviti ini dijalankan di serata tempat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Hinggakan lahirnya kelab-kelab berbasikal yang berdaftar bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dan cergas melalui berbasikal. Di samping itu melalui aktiviti ini, dapat juga mengeratkan perhubungan di antara pemimpin negara dan rakyat.
Maka dengan itu, kami telah mengambil iktibar dan sebagai tanda sokongan di atas permintaan generasi muda serta masyarakat dalam aktiviti tersebut maka satu program iaitu "Malaysian Gold Jamboree" akan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment