Wednesday, March 30, 2011

KEJAYAAN MALAYSIAN GOLD JAMBOREE


Alhamdulillah, akhirnya MALAYSIAN GOLD JAMBOREE berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih atas sokong yang diberikan oleh semua pihak sama ada dari segi penyertaan dan sukarelawan. Pihak Malaysian Gold Jamboree mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang bagi kategori LELAKI TERBUKA, VETERAN, WANITA.  























Thursday, March 24, 2011

TERKINI !!! Dapatkan info penting dan terbaru berkenaan dengan Malaysian Gold Jamboree 2011...


*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA  SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......


Dapatkan dan ingat no. pendaftaran masing-masing bagi memudahkan urusan pendaftaran. No. pendaftaran dan no. plat adalah berbeza.

Proses pengesahan kehadiran dan pendaftaran akan bermula pada 26 Mac 2011 jam 10 pagi hingga 10 minit sebelum peserta dilepaskan. Beg goodies dan jersi akan diberikan sewaktu proses pendaftaran.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu proses pendaftaran, sila tunjukkan bersama slip bank pembayaran atau slip Maybank2u kepada urusetia. Kegagalan para peserta menunjukkan bukti pembayaran boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan...

Untuk makluman, tindakan ini terpaksa diambil memandangkan wujud segelintir peserta MGJ2011 yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan apabila sekadar memberikan nama untuk menyertai MGJ2011 tanpa membuat sebarang pembayaran. Kami berasa kesal, gara-gara nila setitik telah menyusahkan ramai peserta yang lain.

Bagi yang belum membuat pembayaran, anda boleh melakukan pembayaran secara tunai di meja urusetia pendaftaran sebelum perlumbaan. Penalti sebanyak RM10.00 dikenakan kerana lewat membuat pembayaran. Ini bermakna anda perlu membayar RM60.00.

Untuk makluman, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan secara SMS kepada peserta kononnya MGJ2011 telah dibatalkan akibat banjir. Berita ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Malaysian Gold Jamboree 2011 akan berlangsung seperti dirancang. Trek laluan MGJ2011 tidak langsung terbabit atau terlibat dengan masalah banjir.

Pihak seketariat MGJ2011 meminta dan menasihati para peserta agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan sebarang maklumat yang tersebar walau dengan apa cara.

MGJ2011 akan memaklumkan sebarang maklumat terkini atau apa jua perkembangan berkenaan MGJ2011 hanya menerusi laman blog kami. Namun begitu. kami menggalakkan para peserta agar segera menghubungi kami untuk mengesahkan atau untuk mendapatkan sebarang info dan maklumat.

Sekian. Teruskan melayari laman blog kami untuk mendapatkan sebarang info mengenai MGJ2011...