Showing posts with label Malaysian Gold Jamboree. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Gold Jamboree. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

TERKINI !!! Dapatkan info penting dan terbaru berkenaan dengan Malaysian Gold Jamboree 2011...


*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA  SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......


Dapatkan dan ingat no. pendaftaran masing-masing bagi memudahkan urusan pendaftaran. No. pendaftaran dan no. plat adalah berbeza.

Proses pengesahan kehadiran dan pendaftaran akan bermula pada 26 Mac 2011 jam 10 pagi hingga 10 minit sebelum peserta dilepaskan. Beg goodies dan jersi akan diberikan sewaktu proses pendaftaran.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu proses pendaftaran, sila tunjukkan bersama slip bank pembayaran atau slip Maybank2u kepada urusetia. Kegagalan para peserta menunjukkan bukti pembayaran boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan...

Untuk makluman, tindakan ini terpaksa diambil memandangkan wujud segelintir peserta MGJ2011 yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan apabila sekadar memberikan nama untuk menyertai MGJ2011 tanpa membuat sebarang pembayaran. Kami berasa kesal, gara-gara nila setitik telah menyusahkan ramai peserta yang lain.

Bagi yang belum membuat pembayaran, anda boleh melakukan pembayaran secara tunai di meja urusetia pendaftaran sebelum perlumbaan. Penalti sebanyak RM10.00 dikenakan kerana lewat membuat pembayaran. Ini bermakna anda perlu membayar RM60.00.

Untuk makluman, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan secara SMS kepada peserta kononnya MGJ2011 telah dibatalkan akibat banjir. Berita ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.

Malaysian Gold Jamboree 2011 akan berlangsung seperti dirancang. Trek laluan MGJ2011 tidak langsung terbabit atau terlibat dengan masalah banjir.

Pihak seketariat MGJ2011 meminta dan menasihati para peserta agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan sebarang maklumat yang tersebar walau dengan apa cara.

MGJ2011 akan memaklumkan sebarang maklumat terkini atau apa jua perkembangan berkenaan MGJ2011 hanya menerusi laman blog kami. Namun begitu. kami menggalakkan para peserta agar segera menghubungi kami untuk mengesahkan atau untuk mendapatkan sebarang info dan maklumat.

Sekian. Teruskan melayari laman blog kami untuk mendapatkan sebarang info mengenai MGJ2011...

Monday, February 28, 2011

Terkini!!!... Pendaftaran Telah Ditutup



*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA  SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......

 



PERHATIAN!!! SILA BAWA BERSAMA BUKTI PEMBAYARAN (RESIT) KETIKA TUAN/PUAN DATANG MENGAMBIL GOODIES PADA 26 MAC..
INI KERANA MASIH ADA PIHAK YANG BELUM MENBUAT PEMBAYARAN
HARAP MAKLUM!!!!

Senarai penaja akan dimasukkan kemudian...



  • Tarikh     : 27 March 2011















  • Tempat   : Bukit Merah Lake Town Resort















  • Tarikh tutup pendaftaran  : 3 MARCH 2011 



















  • PENGUMUMAN TERKINI...
    1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 March 2011
    2. Tambahan RM10.00 akan dikenakan bagi pendaftaran lewat yakni selepas tarikh tutup penyertaan. 
    3. Bagi yang mendaftar selepas tarikh tutup penyertaan, jersi hanya akan diberi selepas hari pertandingan.
    4. Tawaran penginapan istimewa dari Bukit Merah Lake Town Resort. KLIK SINI...
    5. Lokasi dan gambar trek telah dimasukkan dalam blog. KLIK SINI...
    6. Senarai penaja yang menaja program ini.  KLIK SINI... 
    7. Borang penyertaan secara online boleh didapati sekarang. Pastikan anda membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang pendaftaran online. KLIK SINI...
    8. Semak senarai penyertaan tuan/puan.  KLIK SINI...
    9. Saksikan antara hadiah cabutan bertuah yang bakal menjadi milik anda. KLIK SINI...
    10. Kepada badan korporat @ perseorangan yang berminat untuk menaja program ini, tuan/puan adalah sangat dialu-alukan. KLIK SINI...
    11. Anda boleh dapatkan borang penyertaan sekarang. KLIK SINI..


























  • Saturday, January 22, 2011

    Pakej Istimewa Penginapan untuk peserta Malaysian Gold Jamboree 2011



    Senarai Pakej Penginapan Di Bukit Merah Lake Town Resort sepanjang Malaysian Gold Jamboree 2011

    Kampung Air (Suite 5 Bintang- berdekatan dengan Taman Tema)
    -> Studio suite        @ RM320.00 bersih untuk satu bilik/semalam (Sesuai utk 2 org)
    -> 1 Bilik Tidur       @ RM 350.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 2 org)
    -> 2 Bilik Tidut       @ RM 600.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
    Kampung Air

    Laketown Hotel (berdekatan dengan Taman Tema) - 4 Bintang
    -> Superior Room   @ RM180.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
     -> Deluxe Room     @ RM220.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
    LakeTown Hotel

    Suria Apartment - 3 Bintang
    ->Bilik Studio             @ RM120.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
    -> 1 Bilik Tidur           @ RM170.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
    -> 2 Bilik Tidur           @ RM270.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
    Suria Apartment

    Laketown Service Apartment
    -> Bilik Studio            @ RM90.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
    -> 1 Bilik Tidur           @ RM120.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
    -> 2 Bilik Tidur           @  RM160.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 5 org)
    LakeTown Apartment

    <span> Lain-lain Acara Tambahan</span>
    • Karaoke   : RM700.00 bersih untuk satu sessi (4jam)
    • Khemah / kanopi   : RM250.00 (20x20)
    • Meja bulat 10 org : RM10.00 satu
    • Kerusi Plastik   : RM2.00 per unit
    • Sewaan Dewan   : RM450.00 satu dewan
    • Backdrop    : RM250.00 (basic hitam putih mengikut keluasan dewan)
    • Sunset Cruise  : RM15.00 per kepala
    • Night Cruise + Hoot  : RM15.00 per kepala (Pelayaran tasik di waktu malam dan Night Safari di Taman Eco)
    • Sukaneka   : RM5.00 per acara per kepala
    • Tema Air    : RM22.00 (Dewasa)    RM18.00 (Kanak-kanak)
    • Kombo  : (Lawatan ke Pulau Orang Utan, EcoPark Mini Zoo, Tema Air, Chairlift dan Skycycle)  RM65.00 (Dewasa)  RM55.00 (Kanak-kanak)

    ** Harga Sah untuk Malaysian Gold Jomboree 2011
    ** Harga Bilik termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. 2 bilik tidur termasuk 4 sarapan pagi

    SEBARANG TEMPAHAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PEJABAT JUALAN BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT SEPERTI DI BAWAH :


     Telefon   : AZIZAH AHMAD  05-8908888 / 013-4355538
     Faks       : Attn Pn. Azizah  05-890 8108
     Email     : sales@bmlaketown.com.my
     Alamat  : Bukit Merah Lake Town Resort
                      Jalan Bukit Merah,
                      34400 Semanggol,
                      Perak Darul Ridzuan
     Laman Web : http://www.bukitmerahresort.com.my

    Monday, January 3, 2011

    Penerimaan Pendaftaran secara online

    Terima kasih kerana menyertai program "Malaysian Gold Jamboree 2011"

    Pendaftaran tuan/puan akan diproses.

    Sila semak SENARAI PENYERTAAN dalam tempoh 24 hingga 48 jam untuk mengetahui status pendaftaran tuan/puan.

    Kembali ke menu UTAMA...

    Senarai Penaja Program 'Malaysian Gold Jamboree 2011'

    Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian menjadi penaja Program "Malaysian Gold Jamboree 2011"

    Kementerian Belia Dan Sukan

    
    Bukit Merah Lake Town Resort
    
    Majlis Belia Daerah SPU

    Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia

    MAIN SPONSOR
    Giant

    OZE Cycle Shop
    One Stop Cycle Shop

     Maestro Swiss Manegement
    AGOGO Bike Co. Ltd.
    Bicycle Online


    Chiru Bikes


    Cyclon Cycle Ind.




    Suntonic







    Badan-badan korporat dan perseorangan sangat dialu-alukan untuk menjadi penaja Program "Malaysian Gold Jamboree 2011"

    Thursday, December 16, 2010

    Borang Penyertaan Secara Online 'Malaysian Gold Jamboree 2011'

    1. MAAF PENDAFTARAN TELAH DITUTUP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
       


      
           4.  Sila sms 019-4589908 (En. Mad) untuk memaklumkan berkenaan dengan pembayaran yang dibuat.
        . 

    Friday, December 10, 2010

    Senarai Penyertaan 'Malaysian Gold Jamboree 2011'

    Untuk mendapatkan SENARAI PENYERTAAN terkini, sila muat turun fail yang telah di'link'kan di bawah...




    Untuk makluman tuan/puan, senarai yang telah kami sertakan ini adalah merupakan senarai yang muktamad dan sebarang permintaan untuk perubahan tidak akan dilayan.



    No. penyertaan atau no. 'plat' adalah tertakluk kepada keputusan pihak penganjur Malaysian Gold Jamboree 2011. Pihak penganjur berhak menentukan atau mengubah kedudukan dan No. penyertaan peserta.

    SENARAI PENYERTAAN...

    Untuk memudahkan proses pendaftaran, para peserta hanya perlu memberikan no. pendaftaran masing-masing berdasarkan no yang telah diberikan di dalam senarai penyertaan di atas. No. plat tersebut adalah muktamad dan no. yang sama juga akan digunakan untuk cabutan bertuah.

    Hubungi Kami 'Malaysian Gold Jamboree 2011'

    Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai Malaysian Gold Jamboree 2011...

    1. En. Mat          : 019-4589908
    2. En. Ariff         : 019-4797995
    3. Email              : malaysiangoldjamboree@gmail.com

    Harap maklum...

    Tuesday, December 7, 2010

    Trek 'Malaysian Gold Jamboree 2011'

    Bagaimana hendak ke Bukit Merah Lake Town Resort?
    1. Bukit Merah Lake Town Resort (BMLT)merupakan sebuah pusat peranginan keluarga yang terkenal terletak di utara negeri Perak. 
    2. Bukit Merah Lake Town turut menyediakan Taman Tema Air, Pusat Penjagaan Orang Utan dan beberapa lokasi serta aktiviti yang pastinya menarik minat seisi keluarga.
    3. Untuk ke BMLT, laluan utama adalah menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
    4. Kedudukannya adalah kira-kira 120 KM dari Pulau Pinang manakala jarak dari Ipoh adalah kira-kira 80 KM.
    5. Pengguna PLUS boleh keluar menerusi EXIT Bukit Merah / Selama, Perak.
    6. Jarak dari Tol Bukit Merah / Selama ke BMLT hanya kira-kira 500 meter. Para peserta boleh berpandukan pada papan tanda jalan yang terdapat sepanjang perjalanan selepas keluar dari Tol Bukit Merah / Selama hingga tiba ke BMLT.


    Di bawah merupakan pelan trek untuk Malaysian Gold Jamboree 2011. Untuk makluman, jarak trek yang bakal dilalui oleh peserta adalah sekitar 40 KM iaitu terdiri daripada 20% (on the road) dan 80% (offroad). MGJ2011 pastinya menjanjikan cabaran yang menarik untuk ditempuhi sepanjang kayuhan hingga ke garisan penamat.


    Antara cabaran-cabaran yang bakal dilalui :