Alhamdulillah, akhirnya MALAYSIAN GOLD JAMBOREE berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih atas sokong yang diberikan oleh semua pihak sama ada dari segi penyertaan dan sukarelawan. Pihak Malaysian Gold Jamboree mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang bagi kategori LELAKI TERBUKA, VETERAN, WANITA.
Program "Malaysian Gold Jamboree 2011" akan diadakan pada 27 March 2011 bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort. Ia merupakan aktiviti berbasikal menjelajah sekitar Bukit Merah.
Wednesday, March 30, 2011
Thursday, March 24, 2011
TERKINI !!! Dapatkan info penting dan terbaru berkenaan dengan Malaysian Gold Jamboree 2011...
*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......
Dapatkan dan ingat no. pendaftaran masing-masing bagi memudahkan urusan pendaftaran. No. pendaftaran dan no. plat adalah berbeza.
Proses pengesahan kehadiran dan pendaftaran akan bermula pada 26 Mac 2011 jam 10 pagi hingga 10 minit sebelum peserta dilepaskan. Beg goodies dan jersi akan diberikan sewaktu proses pendaftaran.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu proses pendaftaran, sila tunjukkan bersama slip bank pembayaran atau slip Maybank2u kepada urusetia. Kegagalan para peserta menunjukkan bukti pembayaran boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan...
Untuk makluman, tindakan ini terpaksa diambil memandangkan wujud segelintir peserta MGJ2011 yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan apabila sekadar memberikan nama untuk menyertai MGJ2011 tanpa membuat sebarang pembayaran. Kami berasa kesal, gara-gara nila setitik telah menyusahkan ramai peserta yang lain.
Bagi yang belum membuat pembayaran, anda boleh melakukan pembayaran secara tunai di meja urusetia pendaftaran sebelum perlumbaan. Penalti sebanyak RM10.00 dikenakan kerana lewat membuat pembayaran. Ini bermakna anda perlu membayar RM60.00.
Untuk makluman, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan secara SMS kepada peserta kononnya MGJ2011 telah dibatalkan akibat banjir. Berita ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.
Malaysian Gold Jamboree 2011 akan berlangsung seperti dirancang. Trek laluan MGJ2011 tidak langsung terbabit atau terlibat dengan masalah banjir.
Pihak seketariat MGJ2011 meminta dan menasihati para peserta agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan sebarang maklumat yang tersebar walau dengan apa cara.
MGJ2011 akan memaklumkan sebarang maklumat terkini atau apa jua perkembangan berkenaan MGJ2011 hanya menerusi laman blog kami. Namun begitu. kami menggalakkan para peserta agar segera menghubungi kami untuk mengesahkan atau untuk mendapatkan sebarang info dan maklumat.
Sekian. Teruskan melayari laman blog kami untuk mendapatkan sebarang info mengenai MGJ2011...
Monday, February 28, 2011
Terkini!!!... Pendaftaran Telah Ditutup
*** PENDAFTARAN TELAH DITUTUP BERKUATKUASA SERTA MERTA HARAP MAKLUM , MAAF.......
PERHATIAN!!! SILA BAWA BERSAMA BUKTI PEMBAYARAN (RESIT) KETIKA TUAN/PUAN DATANG MENGAMBIL GOODIES PADA 26 MAC..
INI KERANA MASIH ADA PIHAK YANG BELUM MENBUAT PEMBAYARAN
HARAP MAKLUM!!!!
INI KERANA MASIH ADA PIHAK YANG BELUM MENBUAT PEMBAYARAN
HARAP MAKLUM!!!!
Senarai penaja akan dimasukkan kemudian... |
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 March 2011
- Tambahan RM10.00 akan dikenakan bagi pendaftaran lewat yakni selepas tarikh tutup penyertaan.
- Bagi yang mendaftar selepas tarikh tutup penyertaan, jersi hanya akan diberi selepas hari pertandingan.
- Tawaran penginapan istimewa dari Bukit Merah Lake Town Resort. KLIK SINI...
- Lokasi dan gambar trek telah dimasukkan dalam blog. KLIK SINI...
- Senarai penaja yang menaja program ini. KLIK SINI...
- Borang penyertaan secara online boleh didapati sekarang. Pastikan anda membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang pendaftaran online. KLIK SINI...
- Semak senarai penyertaan tuan/puan. KLIK SINI...
- Saksikan antara hadiah cabutan bertuah yang bakal menjadi milik anda. KLIK SINI...
- Kepada badan korporat @ perseorangan yang berminat untuk menaja program ini, tuan/puan adalah sangat dialu-alukan. KLIK SINI...
- Anda boleh dapatkan borang penyertaan sekarang. KLIK SINI..
Saturday, January 22, 2011
Pakej Istimewa Penginapan untuk peserta Malaysian Gold Jamboree 2011
Senarai Pakej Penginapan Di Bukit Merah Lake Town Resort sepanjang Malaysian Gold Jamboree 2011
Kampung Air (Suite 5 Bintang- berdekatan dengan Taman Tema)
-> Studio suite @ RM320.00 bersih untuk satu bilik/semalam (Sesuai utk 2 org)
-> 1 Bilik Tidur @ RM 350.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 2 org)
-> 2 Bilik Tidut @ RM 600.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
Kampung Air |
Laketown Hotel (berdekatan dengan Taman Tema) - 4 Bintang
-> Superior Room @ RM180.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
-> Deluxe Room @ RM220.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
LakeTown Hotel |
Suria Apartment - 3 Bintang
->Bilik Studio @ RM120.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
-> 1 Bilik Tidur @ RM170.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
-> 2 Bilik Tidur @ RM270.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 4 org)
Suria Apartment |
Laketown Service Apartment
-> Bilik Studio @ RM90.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
-> 1 Bilik Tidur @ RM120.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 3 org)
-> 2 Bilik Tidur @ RM160.00 bersih untuk satu bilik/semalam (sesuai utk 5 org)
LakeTown Apartment |
<span> Lain-lain Acara Tambahan</span>
- Karaoke : RM700.00 bersih untuk satu sessi (4jam)
- Khemah / kanopi : RM250.00 (20x20)
- Meja bulat 10 org : RM10.00 satu
- Kerusi Plastik : RM2.00 per unit
- Sewaan Dewan : RM450.00 satu dewan
- Backdrop : RM250.00 (basic hitam putih mengikut keluasan dewan)
- Sunset Cruise : RM15.00 per kepala
- Night Cruise + Hoot : RM15.00 per kepala (Pelayaran tasik di waktu malam dan Night Safari di Taman Eco)
- Sukaneka : RM5.00 per acara per kepala
- Tema Air : RM22.00 (Dewasa) RM18.00 (Kanak-kanak)
- Kombo : (Lawatan ke Pulau Orang Utan, EcoPark Mini Zoo, Tema Air, Chairlift dan Skycycle) RM65.00 (Dewasa) RM55.00 (Kanak-kanak)
** Harga Sah untuk Malaysian Gold Jomboree 2011
** Harga Bilik termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. 2 bilik tidur termasuk 4 sarapan pagi
SEBARANG TEMPAHAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PEJABAT JUALAN BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT SEPERTI DI BAWAH :
Telefon : AZIZAH AHMAD 05-8908888 / 013-4355538
Faks : Attn Pn. Azizah 05-890 8108
Email : sales@bmlaketown.com.my
Alamat : Bukit Merah Lake Town Resort
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan
Laman Web : http://www.bukitmerahresort.com.my
Monday, January 3, 2011
Penerimaan Pendaftaran secara online
Terima kasih kerana menyertai program "Malaysian Gold Jamboree 2011"
Pendaftaran tuan/puan akan diproses.
Sila semak SENARAI PENYERTAAN dalam tempoh 24 hingga 48 jam untuk mengetahui status pendaftaran tuan/puan.
Kembali ke menu UTAMA...
Senarai Penaja Program 'Malaysian Gold Jamboree 2011'
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian menjadi penaja Program "Malaysian Gold Jamboree 2011"
Kementerian Belia Dan Sukan |
Bukit Merah Lake Town Resort |
Majlis Belia Daerah SPU |
Chiru Bikes
Cyclon Cycle Ind.
Suntonic
Badan-badan korporat dan perseorangan sangat dialu-alukan untuk menjadi penaja Program "Malaysian Gold Jamboree 2011"
Subscribe to:
Posts (Atom)